Sejarah SJK ( Tamil ), Ladang Kelapa Bali, Slim River
bermula pada tahun 1927. Nama asalnya Tamil School, Kelapa Bali Estate, Slim
River, Perak. Pengasas sekolah ini ialah pihak pentadbiran Ladang Lima Belas
dan Ladang Kelapa Bali.
Sekolah ini berlokasi dalam kawasan ladang yang jauhnya
kira-kira 4 kilometer dari jalan besar dan 12 kilometer dari pekan Slim River.
Semua murid sekolah ini berasal dari ladang berdekatan yang juga merupakan
anak-anak pekerja ladang. Namun demikian sekolah ini mempunyai sejarah
melahirkan insan-insan yang berjaya dalam pendidikan dan kerjaya.
Struktur asal bangunan sekolah ini pada tahun 1927 ialah
sebuah bangunan kecil yang terletak didalam ladang ini. Pada tahun 1930 sebuah
bangunan dengan satu bilik besar telah dibina oleh pihak pentadbir ladang.
Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua
darjah sahaja iaitu darjah I dan darjah II. Selepas itu bilangan murid
bertambah dari masa ke semasa.
Berikut ialah senarai guru besar Guru-guru Besar SJK ( Tamil
), Ladang Kelapa Bali, Slim River:
En.Muthuvel (1927 hingga bulan April 1930).
En.Ramaiah (1930 hingga 1932).
En.Abdullah (September 1932 hingga Mac 1933).
En.Ponnusamy (April 1933 hingga Jun 1933)
En.P.S.Sivam (Julai 1933 hingga Februari 1934).
En.K.Sabaratnam (Mac 1934 hingga Mac 1935).
En.S.P.Thavasi (April 1935 hingga Mac 1939).
En.A.T.Peragasam (April 1939 hingga Jun 1948).
En.A.M.Ponthaya Thevar (Julai 1948 hingga 1950).
En.V.R.Seetharaman (1950 hingga Ogos 1958).
En.V.T.Perumal (1958 hingga Julai 1975).
En.P.Muniandy dari SRJK(T), Ladang Katoyang (26 Julai 1975
hingga 15hb. April, 1981.) merupakan bekas pelajar SJK (T) Ladang Kelapa Bali.
En.S.Veerasamy (hingga 1983).
En.G.Mahendran mengambil alih tugas pada tahun Jun, 1983
hingga Januari 1995.
En.G.Darmarajoo, sumbangan memulakan persatuan bekas pelajar
(persatuan alumni sekolah) (Januari 1995 hingga 11 Julai 2000 akibat meninggal
dunia)
Pn.K.Devigi (Julai 2000 hingga Oktober, 2002).
Pn.R.Kuppayee (16hb.Disember, 2002.
En.Thanggamai (2004 hingga 16.11.2006).
Tiada guru besar pada tahun 2007
En.S.Jaya Seelan (16.11.2007 hingga 16.12.2008)
En.S.Ramarau dari SJKT TSDM Tg.Malim
Pada tahun 1940 sekolah ini mempunyai seramai 50 orang murid
yang terdiri daripada darjah I hingga darjah V . Pada tahun 1951 sekolah ini
sudah ada darjah I hingga darjah VI dengan bilangan murid seramai 55 orang
dengan seorang Guru Besar dan dua orang guru.
Pada tahun 1957 iaitu selepas merdeka, sekolah ini mula
menunjukkan kemajuan dalam segala bidang. Bilangan murid juga bertambah hingga
67 orang. Mengikut sistem Pendidikan baru pada tahun 1958, murid yang tamat
pelajaran sekolah rendah di sekolah ini telah meneruskan pelajaran mereka di
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris di Slim River.
Pada tahun 1961 bangunan sekolah ini telah diperbaiki oleh
Pejabat Pelajaran Perak. Bilangan yang paling tinggi di sekolah ini ialah pada
tahun 1967 iaitu seramai 141 orang murid dengan seorang Guru Besar dan sembilan
orang guru. Ini menyebabkan sekolah ini diperbaiki sekali lagi pada tahun 1971
oleh pihak Pejabat Pelajaran Perak.
Bilangan murid sekolah ini pada tahun 1976 ialah diantara
115 hingga 120 orang. Pada tahun 1978 separuh bahagian kawasan sekolah ini
dipagar dengan bantuan kewangan dari YB Mak Hon Kam yang merupakan seorang Ahli
Parlimen kawasan ini pada masa itu.
Pada tahun berikutnya, iaitu tahun1979 separuh lagi kawasan
yang tidak berpagar telah dipagar dengan bantuan kewangan dari Dato Micheal
Chen, bekas Menteri Perumahan pada masa itu. Pada tahun 1980 satu lagi bangunan
tambahan yang terdiri daripada sebuah bilik darjah, dan pejabat dibina oleh
kerajaan. Sebuah bangunan dengan enam buah tandas juga dibina pada masa itu.
Sebelum itu sekolah ini tidak mempunyai kemudahan tandas.
Dalam tahun enam puluhan, sukan sekolah telah diadakan dari
masa ke semasa. Pada tahun 1976, Pasaria sekolah telah diadakan di sekolah ini
secara besar-besaran dengan pertolongan bekas murid –murid sekolah ini.
Pengurus ladang ini telah merasmikan Pasaria tersebut. Di dalam majlis pasaria
ini juga, pakaian seragam Pendidikan Jasmani telah dihadiahkan oleh Bekas
murid-murid tua sekolah ini.
Pada 20hb. Mac, 1977, Sukan Tahunan yang Ke- 9 telah
diadakan di padang ladang ini dengan meriahnya. En. P.Ananda, Pengelola
Sekolah-Sekolah India Perak telah merasmikan sukan ini serta telah menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang. Pada bulan September, 1977, YB En. Padmanaban,
Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat dan YB En. Subramaniam, Timbalan
Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri telah melawat sekolah ini dan menderma
sebanyak RM 500.00 untuk membeli meja dan kerusi murid.
Pada tahun 1979, PIBG sekolah ini telah menayangkan sebuah
filem tamil untuk mengutip derma untuk Tabung PIBG sekolah. Derma ini telah
digunakan untuk pelbagai aktiviti sekolah ini.
Pada tahun 1989, sebuah bangunan konkrit dengan dua buah
bilik darjah telah dibina menggantikan bangunan lama yang berpapan.
Sekolah ini telah menerima bekalan elektrik pada tahun 1992.
Sebelum itu tiada bekalan elektrik di sekolah ini.
Pada tahun 2000, sekolah ini telah mendapat seorang Pembantu
Tadbir Rendah buat kali pertama dalam sejarah sekolah ini. Beliau ialah
Pn.Julaila binti Sani yang telah bertukar ke sekolah lain pada tahun yang sama.
Sekali lagi sekolah ini tidak mempunyai PTR. Pada bulan April, 2002, seorang
lagi PTR iaitu En.Khalidi bin Khalid telah mula bertugas di sekolah ini. Beliau
telah bersara pada 1hb.Mei, 2003. Pada masa kini, sekolah ini tidak mempunyai
seorang PTR.
Pada Disember 2002 sekolah ini mempunyai enam orang guru
termasuk guru besar sekolah ini dengan jumlah murid seramai 46 orang. Sekolah
ini juga mempunyai seorang Pekerja Rendah Awam dan dua orang pengawal
keselamatan swasta.
Keputusan UPSR pada tahun 2007 naik sehingga 50% walaupun
tiada guru besar yang mengepalai pentadbiran sekolah. Pencapaian UPSR terus
meningkat dari semasa ke semasa dan telah mencapai 83% pada tahun 2010. Sekolah
telah dipilih sebagai sekolah yang kedua cemerlang di daerah Batang Padang.
Pada tahun 2011 keputusan UPSR adalah 100% dengan GPS nya 1.52..Kedua terbaik di Batang Padang dan ke 14 di Negeri Perak.
ReplyDelete