Saturday, 24 August 2013

PENTING : PROSES MENCETAK LABEL MEJA CALON UPSR 2013.

Semua Guru Besar
Daerah Batang Padang.
Tuan,

PROSES MENCETAK LABEL MEJA CALON UPSR 2013.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus UPSR akan dilanjutkan sehingga 01 September 2013.

3. Setiausaha Peperiksaan ( SUP ) dimohon agar tidak mencetak dahulu label meja bagi mengurangkan bebanan server. Adalah dicadangkan label meja calon dicetak setelah tarikh tutup kemasukan markah kerja kursus. Aplikasi ini akan dibuka bagi tujuan tersebut sehingga hari peperiksaan.

4. Sekiranya mengalami masalah katalaluan, sila hubungi JPN Negeri Perak. Kerjasama dan keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

No comments:

Post a Comment