Saturday, 24 August 2013

TINDAKAN SEGERA : PENGURUSAN MURID DAN DATA KEHADIRAN MURID DALAM SUB MODUL eKEHADIRAN APDM

Kepada :
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang.

Tuan,

PENGURUSAN MURID DAN DATA KEHADIRAN MURID DALAM SUB MODUL eKEHADIRAN APDM
Dengan hormatnya  saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Mohon kerjasama pihak tuan untuk mengemaskini data kehadiran murid dalam Sub Modul eKehadiran sistem APDM mulai 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013 pada hari ini (23.8.2013) sebelum jam 10.00 pagi TANPA GAGAL.  Semakan dalam APDM dan Dashboard PPD mendapati  kehadiran murid tidak kemaskini pada 19.8.2013 dan / hingga 22.8.2013 antaranya disebabkan faktor-faktor berikut :

   2.1. Beberapa buah sekolah tidak mengisi data kehadiran murid dan tiada laporan            dihantar ke PPD menyatakan masalah berkaitan internet.
   2.2. Pihak sekolah tidak mengisi data dengan lengkap, hanya beberapa buah kelas          sahaja diisi dan kelas-kelas lain dibiarkan kosong.   2.3. Pihak sekolah tidak “klik” butang kemaskini setelah data diisi.
3.    
Bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan hari persekolahan pada 24.8.2013, kehadiran murid hendaklah diisi dan dilengkapkan sebelum jam 10.00 pagi TANPA GAGAL.  Kerjasama pihak tuan juga diminta supaya memastikan data kehadiran murid sentiasa lengkap dan kemaskini mulai 26.8.2013 hingga tarikh-tarikh hari persekolahan seterusnya.
4.
   Selain daripada itu, sebagai persediaan menghadapi dialong prestasi peringkat negeri Perak  bersama KPPM, BPSH, JPN dan PPD pada minggu akhir bulan Ogos ini (26.8.2013 – 30.8.2013), mohon kerjasama pihak tuan memberi perhatian dan mengambil tindakan untuk memantapkan perkara-perkara berikut di peringkat sekolah :
4.1. Pengurusan Program Kesiapsiagaan Sekolah.
         4.2. Pengurusan Keselamatan Murid dan Sekolah. (Aspek 3 K).
4.3. Pengurusan Disiplin Murid dan Langkah-langkah Intervensi.           4.4. Pengurusan dan Program Guru Penyayang.
4.5. Pengurusan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
          4.6. Pengurusan Sahsiah Cemerlang, Nilai Etika, Perpaduan dan Jati Diri Murid

5.    
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan disanjung tinggi. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah dan sentiasa mengemaskini data maklumat kehadiran murid, melaksanakan program dan menguruskan Hal Ehwal Murid dengan cemerlang.
Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment